Thursday, 31 January 2013

FAKTA TENTANG CATUR


Dalam senarai “7 Fakta Menarik Tentang Catur” ini, ada beberapa perkara yang paling menarik dan fakta-fakta berkaitan dengan catur dan menjadikannya menjadi salah satu permainan yang paling popular. Sejarah catur panjang jalan ceritanya dan bersifat dinamik telah menarik minat pemain catur di seluruh dunia! Mengikut “The Chess”dalam Kempen Olimpik, seramai 605 juta orang di seluruh dunia tahu cara bermain catur.
Berikut, disenaraikan 7 fakta menarik tentang catur!

7. Sejarah Catur

Catur mempunyai sejarah yang sangat panjang dan menarik. Dipercayai berasal dari negara India pada zaman empayar Gupta, dan kemudian diperkenalkan ke Barat pada abad ke 9. Sudah tentu wujud perbezaan antara catur pada waktu ini dengan catur zaman sekarang dari segi corak permainannya.
Sebagai contoh, “pawn” hanya dibenarkan untuk maju dua kotak dari posisi mula diperkenalkan pada 1280 di Sepanyol. Peraturan tentang “pawn” naik pangkat juga dihadkan kepada waktu-waktu tertentu sahaja ketika pada abad ke 18 dan 19. Tapi dalam permainan catur zaman sekarang ini, “pawn” boleh naik pangkat ke “bishop”“knight”“rook”, atau “queen”. Ada kemungkinan bilangan “queen” akan menjadi lebih daripada satu.

6. Permainan Pendek & Panjang
Dalam catur, adalah amat menarik untuk ditonton dalam satu permainan yang dimainkan dalam jangka masa waktu sekejap atau lama perlawanan antara dua pemainan. Cara untuk mendapatkan“mate” terpantas adalah dengan mengikuti formula ini: “f3 e5 2. g4 Qh4++”
Perlawanan catur yang paling lama dengan hanya 269 pergerakan dalam masa 20 jam 15 minit, dimana berakhir dengan seri.
5. “Queen” Yang Dinamik
Dahulu, “queen” hanya boleh bergerak hanya satu kotak untuk menyerong, kemudian boleh bergerak hanya dua kotak dan selanjutnya di sepanjang jalan yang lurus, dan mampu bergerak seperti “knight”. Sekarang? Untungnya! “Queen” mampu bergerak menyerong, horizontal, dan menegak serta mampu mengalahkan buah catur yang lain dengan mudah.
Awalnya, panggilan kepada buah catur “queen” sebenarnya adalah “Fers”“Fers” merupakan seorang kaunselor atau perdana menteri yang ditugaskan untuk menjadi seorang penasihat raja. Orang-orang Eropah kemudian mengubah fungsinya pada tahun 1400 sehingga menjadi buah catur yang terkuat dalam permainan catur.

4. Bolehkah Anda Bermain Catur Dengan Mata Tertutup?
Chess Mata Tertutup sememangnya wujud dan telah dinobatkan sebagai rekod dunia! Pemain membuat semua gerakan dengan tanpa melihat papan dan buah catur. Semua pergerakan harus pemain ingat dan membuat andaian sendiri tentang pergerakan lawan untuk mengalahkan pihak lawan.
Pemain Chess Mata Tertutup merupakan pemain yang berkemahiran dan dapat mengawal caturnya dengan penuh strategi serta amat susah untuk ditentang. Ketidak mampuan untuk melihat papan catur dengan jelas, dan yang boleh menjadi sukar selepas banyak membuat pergerakan. Rekod telah dinobatkan pada tahun 1960 di Budapest oleh Hungarian Janos Flesch, dimana bermain dengan 52 orang lawan secara serentak sementara matanya ditutup. Beliau telah menang 31 daripada semua perlawanan tersebut.
3. Kemungkinan Yang Tiada Penghujung

Selepas membuat tiga gerakan, akan ada lebih daripada sembilan juta kemungkinan tentang kedudukan yang akan datang. Kemungkinan dalam catur menambah keghairahan si pemain. Anda mungkin tidak perlu bimbang dari kedudukan yang sama apabila anda bermain, apa penting adalah pengenalan kepada pola dan strategi kedudukan yang khusus. Dengan kata lain, anda harus berfikir.. berfikir.. berfikir dan terus berfikir mengatur strategi dan mengolak langkah untuk menandingi pihak lawan.
2. Teori Pembuka Langkah

Membuka langkah pertama dilengkapkan dengan teori oleh pemain yang memainkan permainan catur tersebut. Pembukaan ditakrifkan sebagai rangkaian bergerak untuk memulakan permainan, yang boleh merangkumi banyak variasi yang berbeza sub. Ada lebih dari 1,000 bukaan yang berbeza, termasuk variasi dalam masa bukaan yang lebih besar (serangan) atau yang lebih kecil (pertahanan).
1. Catur & Minda Anda!

Isu permainan catur sering dibincangkan oleh pakar psikologi dan mendapat kesimpulan bahawa catur adalah sebagai satu cara yang berkesan untuk meningkatkan fungsi ingatan. Juga membolehkan fikiran kita untuk menyelesaikan masalah yang kompleks dan bekerja melalui idea. Ada juga yang berpendapat bahawa hal itu dapat meningkatkan kecerdasan seseorang. Kesan dari idealogi psikologi terhadap catur ini, beberapa golongan individu yang penting memperkenalkan permainan catur di sekolah dan pelbagai negara.


No comments:

Post a Comment