Thursday, 31 January 2013

MAKANAN BABA DAN NYONYA


JIKA berkunjung ke Melaka, tidak sah tanpa merasai makanan tradisional masyarakat Peranakan Baba dan Nyonya yang cukup terkenal di zaman dahulu kala.
Kaum Baba dan Nyonya lahir pada zaman Kesultanan Melayu Melaka menerusi perkahwinan campur yang berlaku antara pedagang dari negara China yang datang ke Tanah Melayu.
Oleh kerana itu, kaum tersebut menggelarkan diri mereka Peranakan Baba dan Nyonya kerana mengamalkan budaya warisan tradisi Cina dan Melayu.
Menikmati masakan masyarakat Baba dan Nyonya pastinya terasa keunikan kerana resipinya menampilkan budaya campuran cita rasa kaum Cina dan Melayu.
Begitupun, peredaran zaman yang begitu pantas menyebabkan makanan tradisional Baba dan Nyonya semakin sukar didapati di negeri ini.
Jika ada pun, ia hanya boleh didapati di beberapa restoran eksklusif di sekitar Jonker Walk, Bandar Hilir dan Melaka Raya.
Untuk mendapatkan masakan asli kaum tersebut nyata semakin sukar kerana kebanyakan restoran telah mengadunkannya dengan masakan Barat.
Antara masakan baba nyonya ialah ayam pong teh, asam pedas ikan, ikan stim Nyonya, udang lemak nanas dan sambal sotong campur petai.
Keaslian masakan baba nyonya terpelihara kerana menggunakan rempah ratus yang sering digunakan dalam setiap masakan Melayu.


No comments:

Post a Comment