![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjvQj2vgpLcZ5c-v1NOld01rz2kv-6WZV8I-3Gnh5xJRTTVZvbhDEILpMdvCKtYM0AqMQd6DI7nTWCuOsK-G5LQQNpqyruhXUil-WAFldsLLr_hpA_sfJkXvxMPS3f_KcGsohcgMt9QwvPm/s320/110479592.jpg)
Sukan go-kart bukanlah satu perkara baru dalam arena sukan di negara kita. Sukan ini tidak lagi terpinggir malah semakin hari pelbagai perubahan dilakukan bagi meninggikan lagi mutu penciptaannya di samping memenuhi saingan perlumbaan go-kart yang semakin mencabar. Namun begitu, dalam merekabentuk sebuah go-kart yang lebih murah dan mudah ternyata Malaysia masih lagi ketinggalan.
Rekabentuk go-kart yang akan direka ini adalah salah satu usaha bagi melihat kemampuan generasi rakan muda abad 21 di setiap Institut Pengajian Tinggi di negara kita dalam menghasilkan sebuah prototaip go-kart yang mempunyai rekabentuk tersendiri yang mesti memenuhi setiap syarat yang telah di gariskan oleh pihak penganjur.
Prototaip go-kart yang dibina ini bukan sekadar untuk kegiatan riadah tetapi untuk dijadikan asas kepada perlumbaan sukan bermotor. Proses pembuatan prototaip go-kart ini mempunyai pelbagai proses sebelum sebuah prototaip yang dikehendaki itu dicipta. Beberapa aspek perlu diambil kira antaranya adalah penyediaan methodologi rekabentuk berdasarkan pertandingan rekabentuk terkini yang sedia ada di pasaran. Perbandingan ini adalah berkaitan dengan rekabentuk dan pembinaan rekabentuk itu sendiri. Seterusnya pemasangan , pengubahsuaian, ujipandu serta pengubahsuaian semula perlu dilakukan sebelum ciri-ciri kesempurnaan sebuah go-kart yang sebenar dihasilkan.
No comments:
Post a Comment